Setelah lama tidak mendengar khabar berita tentang penyanyi lelaki ini, GUA dikejutkan dengan berita yang mengatakan dia telah ditangkap basah bersama pasangannya nun jauh di kampung halamannya. Menurut sumber GUA, berita penangkapannya itu tidak dihebohkan kerana kononnya mahu menjaga nama baik penyanyi yang berasal daripada program realiti itu. Maklumlah dia dahulu pernah dicalonkan untuk menjadi belia contoh.
Tidak lama lagi penyanyi ini bakal berkahwin dengan pasangan yang sama-sama kena tangkap basah itu. Kalau tidak silap hujung tahun ini. Tetapi tarikhnya tidak dapat dipastikan sebab penyanyi ini memang tidak mahu heboh-hebohkan tentang perkahwinannya itu. Silap-silap pihak media pun dia tidak undang.
Selepas berkahwin nanti, GUA tidak nampak ke mana hala tuju penyanyi yang semakin ‘sendu’ ini. Selepas menjadi juara, dia tidak menyerlah seperti bintang-bintang yang lain. Mungkin kerana dia tidak mempunyai pakej yang lengkap atau memang benar dia mempunyai masalah sikap yang tidak mahu mendengar nasihat orang lain.
Selain itu, perangainya yang ‘gila perempuan’ juga menyumbang kepada kegagalan kariernya. Apa tidaknya, dia sering terlewat temujanji semata-mata sibuk melayan ‘perempuan’. Lama-kelamaan ramai yang bosan dengan sikapnya itu dan akhirnya tidak ada yang mahu menawarkan ‘job’ kepadanya. Sebab itulah dia membawa diri pulang ke kampung halaman!
Kepada penyanyi lelaki ini, masih ada waktu untuk anda memperbetulkan keadaan. Perkara yang lepas jadikan tauladan. Kaji di mana kesilapan anda dan lebihkan usaha untuk berjaya.
0 comments:
Post a Comment